Thursday 9 August 2012

RAWATAN PENDARAHAN (ARTERI DAN VENA)

          Kebanyakan perdarahan adalah ringan, senang dikenali, dalam kuantiti yang sedikit dan senang dihentikan. Perdarahan pada arteri adalah cergas dan pecut, ia memerlukan rawatan yang cepat. Untuk merawat perdarahan, kamu mesti memahami tentang jantung dan saluran darah. Pada kebanyakan masa, penyelamat mesti elak persentuhan secara langsung dengan darah pesakit.
Sarung tangan mesti dipakai untuk setiap kes and ditukar antara setiap kes.

Sekiranya sarung tangan tiada, pesakit boleh diarah menghentikan perdarahan dengan sendiri. Steril, alat-alat pakai buang yang bungkus sedia, pembalut steril dan pembalut yang bersih seharusnya digunakan. Yang berikut ialah langkah-langkah yang standard untuk merawat perdarahan:

1. Baringkan pesakit dengan kakinya terangkat sedikt dan tenangkan hati pesakit.

2. Tekan terus pada luka merupakan cara terbaik untuk mengawal perdarahan. Jika mungkin, gunakan jari yang bersarung, tapak tangan dengan pad, tuala atau pembalut yang bersih.

3. Jika anggota badan berdarah, angkatkan anggota itu selepas sebarang pengukuhan pada anggota patah dilakukan.

4. Terlebih dahulu, bersihkan kawasan cedera dengan air atau salina, lapkan luka dan keluarkan benda asing yang mungkin ada dengan perlahan. Kemudian, gunakan kapas kesat untuk membersihkan luka.

5. Letakkan pembalut steril pada luka dan kekalkan tekanan. Jika perdarahan adalah teruk atau tiada pembalut, cengkamkan kawasan luka dan tekannya dengan kukuh.

6. Hantar orang lain untuk mendapatkan bantuan perubatan.

7. Sekiranya perdarahan berterusan, jangan alihkan pembalut tetapi tambahkan pad dan pembalut.

8. Minta orang yang layak untuk memberi terapi oksigen sekiranya perlu.

9. Teknik "Arterial tourniquets" dicadangkan sekarang hanya dilakukan apabila rawatan yang lain tiada lagi untuk perdarahan anggota badan. Cara ini mungkin digunakan dalam kes serangan ikan yu atau buaya atau kecederaan disebabkan alat-alat tukang apabila cara biasa tidak berkesan dan perdarahan serius berterusan. Teknik ini seharusnya dilepaskan setiap 30 minit. Catatkan masa penggunaan dan pelepasan.

“DRABC”- JPAM Sharing is caring

Keutamaan untuk menilai pesakit. Langkah ini dijalankan dengan segera. Maklumat berlebihan terdapat dalam unit 5 dan 6 bertajuk Resusitasi; sedar akan langkah-langkah penilaian awal terhadap pesakit adalah penting.

1. DANGER (BAHAYA)
Pastikan bahawa tiada bahaya terhadap diri sendiri dan bahaya selanjutnya terhadap penonton dan pesakit.

2. RESPONSE (TINDAK BALAS)
Periksa tindak balas pesakit dengan menepuk bahunya dengan perlahan tanpa gerakkan leher dengan kuat dan beri arahan yang senang seperti "buka mata" atau "picit tangan saya".

3. AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)
Letakkan pesakit berbaring terlentang dan buka saluran pernafasannya secara mendongakkan kepalanya dan sokong rahangnya. Keluarkan benda-benda yang mungkin menyekat saluran pernafasan.

4. BREATHING (PERNAFASAN)
Dengan dongakkan kepala pesakit dan sokong rahangnya, lihat, dengar dan rasa pernafasannya.

5. CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)
Sekiranya pesakit tiada pernafasan, beri 5 hembusan dalam 8 hingga 20 saat dan kemudian periksa peredaran darah dengan rasai nadi pada karotid di leher. Jika tiada denyutan nadi, mulakan resustitasi kardiopulmonari.

Tuesday 7 August 2012

Buah Pelandok- Ikhtiar hidup



buahnya rasa lemak manis, dan bijinya seperti rempah bulat.
Bila muda buahnya kehijauan, bila masak warrnanya akan bertukar jadi merah.
Pokoknya mempunyai ketinggian 1 kaki sahaja.
Mempunyai banyak dahan, jadi apabila berbuah tersangatlah cantik kerana warna merah akan bertaburan sekeliling kita.

Monday 6 August 2012

Ikhtiar hidup- Buah kamunting




Buah Kemunting

masak warnanya akan bertukar dari hijau kepada purple.
Pokoknya3 kaki. Bunga diapun cantik, ada warna purple dan ada juga berwarna putih.
Buah ni kalau terlampau masak warnanya akan bertukar menjadi hitam. 
Rasanya manis