Apabila Berlaku Banjir :
- Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
 - Ikuti arahan pihak berkuasa;
 - Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
 - Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
 - Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
 - Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti;
 - Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
 - Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
 - Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras; dan
 


No comments:
Post a Comment