Thursday, 9 August 2012

“DRABC”- JPAM Sharing is caring

Keutamaan untuk menilai pesakit. Langkah ini dijalankan dengan segera. Maklumat berlebihan terdapat dalam unit 5 dan 6 bertajuk Resusitasi; sedar akan langkah-langkah penilaian awal terhadap pesakit adalah penting.

1. DANGER (BAHAYA)
Pastikan bahawa tiada bahaya terhadap diri sendiri dan bahaya selanjutnya terhadap penonton dan pesakit.

2. RESPONSE (TINDAK BALAS)
Periksa tindak balas pesakit dengan menepuk bahunya dengan perlahan tanpa gerakkan leher dengan kuat dan beri arahan yang senang seperti "buka mata" atau "picit tangan saya".

3. AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)
Letakkan pesakit berbaring terlentang dan buka saluran pernafasannya secara mendongakkan kepalanya dan sokong rahangnya. Keluarkan benda-benda yang mungkin menyekat saluran pernafasan.

4. BREATHING (PERNAFASAN)
Dengan dongakkan kepala pesakit dan sokong rahangnya, lihat, dengar dan rasa pernafasannya.

5. CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)
Sekiranya pesakit tiada pernafasan, beri 5 hembusan dalam 8 hingga 20 saat dan kemudian periksa peredaran darah dengan rasai nadi pada karotid di leher. Jika tiada denyutan nadi, mulakan resustitasi kardiopulmonari.

No comments:

Post a Comment