Kebanyakan perdarahan adalah ringan, senang dikenali, dalam kuantiti yang sedikit dan senang dihentikan. Perdarahan pada arteri adalah cergas dan pecut, ia memerlukan rawatan yang cepat. Untuk merawat perdarahan, kamu mesti memahami tentang jantung dan saluran darah. Pada kebanyakan masa, penyelamat mesti elak persentuhan secara langsung dengan darah pesakit.
Sarung tangan mesti dipakai untuk setiap kes and ditukar antara setiap kes.
Sekiranya sarung tangan tiada, pesakit boleh diarah menghentikan perdarahan dengan sendiri. Steril, alat-alat pakai buang yang bungkus sedia, pembalut steril dan pembalut yang bersih seharusnya digunakan. Yang berikut ialah langkah-langkah yang standard untuk merawat perdarahan:
1. Baringkan pesakit dengan kakinya terangkat sedikt dan tenangkan hati pesakit.
2. Tekan terus pada luka merupakan cara terbaik untuk mengawal perdarahan. Jika mungkin, gunakan jari yang bersarung, tapak tangan dengan pad, tuala atau pembalut yang bersih.
3. Jika anggota badan berdarah, angkatkan anggota itu selepas sebarang pengukuhan pada anggota patah dilakukan.
4. Terlebih dahulu, bersihkan kawasan cedera dengan air atau salina, lapkan luka dan keluarkan benda asing yang mungkin ada dengan perlahan. Kemudian, gunakan kapas kesat untuk membersihkan luka.
5. Letakkan pembalut steril pada luka dan kekalkan tekanan. Jika perdarahan adalah teruk atau tiada pembalut, cengkamkan kawasan luka dan tekannya dengan kukuh.
6. Hantar orang lain untuk mendapatkan bantuan perubatan.
7. Sekiranya perdarahan berterusan, jangan alihkan pembalut tetapi tambahkan pad dan pembalut.
8. Minta orang yang layak untuk memberi terapi oksigen sekiranya perlu.
9. Teknik "Arterial tourniquets" dicadangkan sekarang hanya dilakukan apabila rawatan yang lain tiada lagi untuk perdarahan anggota badan. Cara ini mungkin digunakan dalam kes serangan ikan yu atau buaya atau kecederaan disebabkan alat-alat tukang apabila cara biasa tidak berkesan dan perdarahan serius berterusan. Teknik ini seharusnya dilepaskan setiap 30 minit. Catatkan masa penggunaan dan pelepasan.
No comments:
Post a Comment